
Kita sama2 sedih :-(
Dulu aku dah nasihatkan kau supaya berubah sikap.
Aku dah curahkan segala taktik dan teknik supaya kau berdaya saing.
Hingga aku naik menyampah kepada diri aku sendiri pasal bertindak hipokrit.
Hari ini kau datang, kita minum bersama dengan kawan-kawan yang lain di kedai mamak.
Aku masih disini dan kau dah beralih ke tempat lain.
Alhamdulillah kita masih mampu bertegur-sapa.... walau pun tak macam dahulu...
Aku sedih dan hiba..., melihatkan kau yang terus `struggle` untuk mencari rezeki.
Aku tau itu semua demi masa depan anak-anak kau di kampung.
Aku hanya dapat berharap agak kita melupakan peristiwa lama.
Doaku agar segala apa yang kau usahakan akan menjadi....
Terima kasih kerana sudi menerima kad jemputan perkahwinan aku.
Harap dapat kiranya kau menghadirkan diri bersama keluarga.
Kerana memori silam masih segar di ingatan...
Terima kasih kerana belanja aku indomie dan air soya....
Sesungguhnya duit sahabat itu amat berharga untuk aku jamah.
Dan aku terasa manis dan lemaknya makanan pagi tadi...
Izinkan doaku mengiringi langkahmu wahai sahabat.
Kerana aku sayangkan kawan-kawan aku.
Dan maafkan aku kerana kurang ajar kepada kau.
Tapi bukan salah aku semuanya....
Wassalam......
No comments:
Post a Comment